Socretes ialah guru kpd Plato ….

Socretes ialah guru yg bijak yang dihukum mati dengan meminum racun pd tahun 399sm di Athen.Ini kerana beliau menyebarkan ajaran monoteisme”Tuhan itu satu”(Laa Ilaha Illallah).Ia adalah kepercayaan yg bertentangan dgn pagaisme politeisme Yunani pda ketika itu.Ajaran Socrates dianggap oleh penguasaAthen sbg ajaran subversif yang berpotensi meracuni fikiran generasi muda Athens.Akhirnya,Socrates dihukum mati.

Dengan menganalisis teks2 Yunani berkenaan kisah Socrates,maka penulis mndapati Socrates ialahahli falsafah yg bijak.Penulis brpndapat ,Socrates adalah individu yg dikenali sebagai Luqman al-Hakim dalam al-Quran
.
Analisis linguistik iaitu drp aspekfonologi/fonetik(ilmu bunyi/ suara bahasa.ilm ashwat)menunjukkan nama “Luqman” berkemungkinan terhasil drp perkataan….

* Laqman(menelan)
* Luqoman(beberapa suapan)
* Luqmatu(sesuap)
* Laqimun(yg menelan)

Dalam konteks ini,Luqman adala gelaran bagi Socrates iaitu sesuai dgn tkdirnya sbg org yang “menelan” racun, Jadi,Luqman dalam ALQuran adalah Socrates.’orang bijaksana dari Athens yang meminun racun. Hingga saat ini.iaitu sejak zaman nabi Musa (1281 s.m) hinnga ke zaman Nabi Muhammad (632M) sejarah belum menemukan orang bijak yang dihukum mati dgn cara meminum rcun kecuali Socrates dari Athens sahaja.

-Saya akan cari info dri buku2 itu…

beliau ada mengatakan, bagaimana figura-figura dalam AlQuran seperti ZulQarnain, Yakjuj Makjuj, Luqmanul Hakim ni menjadi seolah-olah sesuatu yang asing di dunia semacam ianya wujud dalam dunia Islam sahaja…atau mungkinkah sebenarnya Allah memberi contoh sesuatu yang sebenarnya dikenali diseluruh dunia bertepatan dengan Al-Quran sebagai petunjuk untuk semua umat manusia…

Tapi sebenarnya aku rasa inilah Mukjizat ALQuran, sebagai kitab terakhir, hanya perkembangan teknologi dan kajian penyelidikan yang terkini mampu merungkai figura-figura tersebut…

AlBaqarah Ayat 2: Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa;

Macam ada yang menuduh bahawa tidak mungkin Alexander The Great itu ZulQarnain kerana beliau tidak beriman dan minum arak…sedangkan Arak ni haram sepenuhnya sewaktu zaman Nabi Muhammad…mana mungkin ZulQarnain yang hebat itu tidak dikenali oleh dunia? Mana mungkin Luqman ni seorang yang tidak dikenali sedangkan namanya tercatat dalam kitab paling agong?

Aku rasa kajian penyelidikan terkini akan merungkai soalan2 ini…dan nanti diakhirat Allah akan tanya berkenaan figura-figura ni, kenapa kamu tak ambil pengajaran sedangkan Allah sudah sebut dalam AL-Quran…sedangkan figura ini satu dunia pun tahu..

Penulis bgitu yakin dgn apa yg ditulis,ini smua rhmat Allah taala yg dikurniakan kpdnya. beliau dgn yakin mengatakan SOCRATES adalah penyembah Tuhan yg ESA.dan beliau mengatakan dgn yakin SOCRATES adlh LUQMAN AL-HAKIM. Socrates dihukum mati dgn dipaksa menelan racun oleh penguasa Athens kerana menyebarkan fhman tauhid kpd anak2 muda yunani.(anda boleh rujuk buku penulis dimana beliau menyertakan tulisan Plato dlm karya Phaedo@keabadiaan jiwa, pg 152-177)disaat kematian Socrates. kajian linguistik bahasa,menunjukkan “LUQMAN (akr kta Laqman)” itu mrujuk kpd ‘menelan@yg dipksa menelan’. hujah ini diskong dgn surah yunus ayat 47, ibrahim ayt 4, An-Nisak ayt 164-165 dan surah Ghafir ayt 78.

HIDUP SATU UJIAN

Posted: Mei 26, 2011 in Uncategorized

Manusia yang sihat dapat menjalani kehidupan ini dengan menilai dan menggunakan setiap inci kejadian alam semulajadi yang di cipta dengan kesempurnaan penciptaan oleh Allah, s.w.t. Namun begitu manusia yang sebaik-baik ciptaan ini, akan diuji sebagai satu proses distilasi berperingkat untuk menilai ketulenan keimanan yang telah diakui suatu ketika dahulu. Kehidupan ini adalah ujian, setiap masa dan ketika kita akan berhadapan dengannya, namun begitu ada yang berjaya dan ada yang gagal menguruskan ujian itu, yang berjaya dapat mengecapi nikmat dan yang gagal merasakan kekecewaan. Pusingan ini akan silih berganti dalam perjalanan kehidupan selagi kita masih berada di dunia nyata ini. Ramai orang berkata disebalik ujian itu ada hikmahnya, tetapi disaat-saat kekecewaan melanda diri, biasanya kita akan hilang arah, hilang pedoman, kata-kata nasihat dan dorongan tidak lagi bermakna bagi kita. Malah kadang-kadang kita merasakan diri ini amat malang sekali… Ya itulah kita yang bernama manusia. Sebenarnya hikmah disebalik kegagalan/kekecewaan bukanlah boleh dilihat dengan mata kasar kita, namum yang hanya dapat melihatnya ialah JIWA… Ya, sememang orang yang jiwanya hidup dan murni akan melihat pasangan kejayaan disebalik kegagalan. Jika kita memahaminya disaat-saat kegagalam menimpa kita, sebenarnya kejayaan adalah terlalu hampir pada masa itu, hanya disebelahnya sahaja, tapi malang sekali JIWA kita buta malah mati, tidak mampu kita melihatnya, lebih lagi menerobos sempadan kejayaaan sehinggakan ianya milik kita. Hakikatnya Hidup ini adalah Ujian. Ujian adalah tandanya kita masih beriman pada Allah swt.

IPKIM

Tragedi tsunami yang melanda dibeberapa buah negara terutama Asia Tengggara pada 26hb Disember 2004 yang lalu benar-benar membingungkan kita semua. Siapa yang dapat menduga kepulauan Nusantara yang sekian lama aman damai kecuali menghadapi luahan gunung berapi akan menghadapi bencana yang beribu kali lebih kuat dari kekuatan bom atom yang digugurkan dibandar Hiroshima Jepun pada waktu Perang Dunia Kedua dahulu. Sehingga kini Banda Aceh yang dilanda bencana Tsunami masih lagi berhadapan dengan mayat-mayat yang reput yang belum lagi sempat dikebumikan.Pihak berkuasa Indonesia menghadapi kesukaran untuk mengkebumikan kesemua rakyatnya di kawasan Aceh yang yang telah mencecah ratusan ribuan manusia. Walau pun kini telah lebih 2 minggu dari tarikh kejadian namun ekoran kerosakan teruk akibat masalah perhubungan jalan raya yang terputus ditambah lagi dengan petempatan mereka yang selamat tidak tinggal dalam satu Pusat petempatan menyebabkan bantuan yang diberi tidak dapat diseragamkan. Pada kita yang berada di Malaysia sepatutnya mengucap setinggi-tinggi kesyukuran dan keampunan pada Illahi kerana terselamat dari bencana tersebut walau pun terdapat juga sebilangan kecil rakyat Malaysia yang terkorban seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang dan Kota Kuala Muda Kedah.Semoga kejadian ini akan meningkatkan lagi ketaqwaan dan pengabadian kita pada Pencipta yang telah sekian lama mengurniakan kemewahan hidup dalam keadaan aman damai di Malaysia ,bumi bertuah ini.
Pada mereka yang asyik terlena dalam memburu kehidupan dunia dan mengejar kemewahan materialistik akan terfikir dan mengkaji hikmah disebalik kejadian.Pelbagai pengajaran dan iktibar, garis panduan serta tidak kurang juga khidmat kaunseling diberi samada oleh mereka yang bertauliah atau pun tidak.Berbagai-bagai pendapat di utarakan oleh mereka yang pakar dalam bidang motivasi yang mana setengahnya lebih hebat dari watak Pak Belalang lakonan Allahyarham P.Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang.
Namun sedarkah kita bahawa hikmah disebalik bencana tersebut mempunyai kaitan dengan tanda-tanda kebangkitan Islam di Kepulauan Nusantara atau dengan kata lain bagi negara Malaysia dan Indonesia.Mengapa pula dikatakan setelah ditimpa bencana bakal menjadi Pusat Kebangkitan Islam di Nusantara khasnya bahkan dunia amnya.
Lupakah kita pada faktor sejarah yang mana setiap kali sesuatu tempat ditimpa musibah walau pun tidak semua namun setelah sekian lama masa berlalu generasi yang masih hidup dapat bangkit kembali membangunkan keagungan peradaban mereka.Lihatlah apa yang terjadi pada Hiroshima yang dilanda oleh bom atom yang digugurkan oleh tentera Amerika. Serta pada kaum Nabi Noh yang ditengelami air bah serta pada kaum Nabi Lut yang diterbalikkan bumi mereka yang mana tinggalan sejarah tersebut masih lagi boleh dilihat di Laut Mati.
Walau pun kemusnahan Hiroshima akibat letupan bom atom dari perbuatan manusia manakala banjir besar pada umat nabi Noh dan kemusnahan tempat tinggal kaum Lut akibat bencana alam. Namun yang musnah ialah harta benda dan nyawa. Namun minda dan pemikiran manusia yang hidup akan cuba mendekati Tuhan serta hakikat kejadian manusia. Mereka akan bangkit kembali walau pun memakan masa namun dalam masa yang sama akan cuba memperbaiki tahap kehidupan mereka itu sendiri kalau boleh seperti sebelum ditimpa kejadian bencana.
Seperti di Jepun yang mana rakyatnya berfahaman materialistik bukan sahaja bandar Hiroshima dapat membangun kembali malahan kebangkitan ekonomi merangkumi keseluruhan kepulauan Jepun yang tidak terjejas akibat letupan bom.Malahan Kebangkitan Ekonomi Jepun amat menakjubkan kesemua pehak yang mana Jepun menguasai kekuatan ekonomi mengalahkan pehak Amerika Syarikat .Cuma dalam bidang ketenteraan masih lagi dipegang oleh Amerika Syarikat.
Jadi bagaimana pula dengan Negara Indonesia dan Malaysia diNusantara. Apakah mereka boleh bangkit seperti Jepun dalam kebangkitan ekonomi? Semua bangsa mengetahui bahawa Kepulauan Nusantara yang didiami oleh Indonesia dan Malaysia didiami oleh kaum Melayu. Rata-rata Melayu di Nusantara beragama Islam. Yang mana kekuatan ekonomi mereka agar sukar dapat bangkit seperti Jepun.
Namun apa yang akan bangkit? Bencana kejadian akan menyebabkan umat Islam akan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan pada Allah. Bukankah Allah telah menyebut bahawa hanya melalui taqwa yang dapat bantuan dariNya
” Wahai orang yang beriman,bertaqwalah kamu kepada Allah dan carilah jalan yang dapat mendekatkan diri pada Nya.dan berjihadlah pada jalan Nya supaya kamu mendapat keuntungan” Tafsiran Surah Al-Maidah Ayat 35
Keuntungan yang dimaksudkan yang dimaksudkan bukan berbentuk keduniaan seperti yang berlaku di Jepun tetpi membawa maksud kejayaan dunia dan akhirat. Bukan melalui kekuatan ekonomi tetapi melalui kekuatan jihad filsabillilah. Melalui jihad kepada Allahlah barulah umat Melayu Islam di Kepulauan Nusantara dapat memimpin dunia.Jihad yang macam mana? Bukan jihad dengan mengebom berani mati seperti sekumpulan umat Islam yang lain.Tetapi jihad melalui hubungan ukhwah sesama manusia , saling nasihat menasihati seperti kaedah Rasululah menasihati umat baginda dan mempertingkatkan ketaqwaan pada Illahi.
Umat Melayu Islam belum digilirkan lagi oleh Allah untuk menguasai dunia seperti bangsa Arab, Turki dan India .Kaum Arab pada masa sekarang mungkin tidak lagi akan memegang Amir Islam Sedunia kecuali Amir dinegara masing-masing kerana berlaku perpecahan dan sikap mementing diri .Amir Arab saudi yang kaya raya pun kurang menolong rakyat Palestin. Apatah lagi nak membantu rakyat Indonesia yang dilanda Tsunami.
Manakala negara Turki baru hendak melepaskan diri dari fahaman Kamal Altaturk. Negara India cuma tinggal sejarah keagungan Islam mereka yang dapat dilihat melalui Taj Mahal. Cuma tinggal negara umat Melayu sahaja yang belum tiba giliran mereka untuk menerajui Dunia Islam. Walau pun Malaysia telah dilantik menjadi Pengerusi Negara Islam (OIC) tetapi perlantikan tersebut belum dilihat sebagai isyarat nyata Umat Melayu di Nusantara. Kerana sebahagian besar umat Melayu Islam masih lagi menghadapi krisis rumah tangga, kepimpinan dan keruntuhan akhlak muda mudi seperti budaya Black Metal, Punk dan sebagainya.
Cuma apabila tiba bencana Tsunami barulah dikatakan isyarat Kebangkitan Islam Di Nusantara . Kerana dengan berlakunya bencana tersebut, ramailah dikalangan kita akan memperbaiki dan mempertingkatkan ilmu dan amalan samada berbentuk fizikal atau kerohanian.Masing-masing pehak mula mengamalkan sikap bermuhasabah diri (cermin diri) dan mengurangkan dan lebih baik kalau dapat meninggalkan aktiviti-aktiviti yang banyak melalaikan melalui hiburan dan pesta-pesta yang membazirkan wang dan tenaga.
Walau pun ini baru di peringkat permulaan seperti tiada lagi Sambutan Tahun Baru 2005 baru-baru ini, diharap dapat lagi memperbaiki nilai-nilai amalan sesama Manusia dan Tuhan.Diharap umat Islam di Kepulauan Nusantara amya dan Malaysia khasnya dapat memperbanyakkan lagi aktiviti-aktiviti keagamaan sesuai dengan sifat manusia itu sebagi Pemegang Amanah atau dengan kata lain sebagai Khalifah di muka bumi ini , barulah bantuan Allah akan tiba. Dan lihatlah selepas itu berbondong-bondong manusia memeluk agama Islam kerana Islam adalah agama fitrah manusia.Bila berlaku sesuatu musibah, jangan lari dari Tuhan tetapi larilah menuju kepadaNya.
Ruslan bin Ghazali

Pak Syeikh Kamunting

Islam Dan Sains

Posted: Mei 20, 2011 in Uncategorized

Perkembangan Sains & Teknologi

* Barat berjaya dalam memperkembangkan sains & teknologi sehingga berjaya mengklon haiwan.
* Kejayaan ini dicapai kerana barat mematuhi dan menyanjung kod etika pekerjaan seperti :
– ketepatan masa
– pengawasan kualiti kerja
– kepastian kod pengurusan yang teratur

* Namun mereka tidak berjaya memastikan bahawa nilai etika kerja tersebut mempunyai nilai sejagat, iaitu diambil dari nilai agama.
* Di barat pengklonan manusia di sisi sains mengharuskan dengan alasan penyambungan zuriat. Namun pihak gereja menentang.
* Keadaan ini berlaku kerana intuisi, emosi dan pandangan peribadi jarang dikaitkan dengan budaya dan agama barat, Kristian.

*Cendikiawan barat mementingkan kod etika kerja tapi tidak mementingkan etika universal yang boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat.
*Segala kajian sains barat tidak mengaitkan pandangan agama dlm perbahasan, penganalisaan kajian.
*Kegiatan ilmu pengetahuan lebih terdorong oleh faktor2 bukan agama seperti:
– polisi pemerintahan : mencipta senjata pemusnah
– pasaran ekonomi : menghasilkan produk viagra
– tuntutan sosial : muzik dan konsert.
* Agama di barat dikatakan sebagai penyekat kemajuan.

* Etika Kerja Universal Menurut Perspektif Islam

* Kod etika kerja islam tidak terbatas kepada kod etika semasa sahaja tetapi lebih menyeluruh termasuk :
– sikap dalaman atau hati
– sikap luaran iaitu tindak tanduk manusia.
* Kod etika dinyatakan dalam al-quran & sunnah.

* Etika kerja islam:
– yang dinilai dari sudut batiniah :
-Konsep amanah :
~memulangkan barang yang diamanahkan dalam keadaan baik adalah kewajipan.
~ pekerja tidak boleh ponteng

~ Tak boleh guna barang organisasi untuk peribadi.

– Hubungan harmonis sesama pekerja perlu diwujudkan.

– Menekankan produktiviti dengan kerajinan dan kecekapan semasa bekerja.

– menekankan kualiti produk yang dihasilkan :

– Dibolehkan khiyar bagi barangan rosak.

– Menekankan kemahiran dan ilmu pengetahuan.

– Menekankan kecekapan pengurusan masa:
– Aktiviti ibadat berkait dengan kecekapan masa.
– Menekankan pengurusan kos pengeluaran:
– tidak timbul pembaziran dan kemusnahan alam sekitar.
– Tidak boleh mengaut keuntungan yang berlebihan tanpa timbang rasa.
– Tidak boleh mendatangkan kemusnahan kepada kestabilan alam sekitar dan aniaya binatang.

*Sikap dalam diberi keutamaan oleh islam untuk mencorak sikap luaran.
-Digerak oleh nilai keimanan, ketakwaan & keikhlasan.
* Konsep bertawakkal dalam melakukan pekerjaan.

– tekanan kerja dapat dikurangkan.

Persoalan Etika Dalam Kegiatan Ilmuwan

* ayat al-Quran & hadis banyak membincangkan persoalan keilmuan dikaitkan dengan etika, moral dan perilaku.
* Dalam Islam persolan etika dalam kelilmuan tidak boleh ditafsirkan dengan sumber intuisi, emosi dan pandangan peribadi.
* Keikhlasan ditekankan kerana dapat menyampaikan ilmuan dengan jujur dan benar.

* Keilmuan hadis:
– Imam Bukhari mengaitkan etika dan moral perawi untuk menentukan kesahihah hadis.
– Ilmuwan islam dituntut mempunyai etika dan moral yang tinggi sebagai mana Rasulallah.
*Keilmuan Islam mesti melalui proses talaqqi (interaksi langsung guru & palajar) supaya ilmu yang diwarisi dapat dipastkan kesahihannya.
*Ilmuwan islam tidak boleh merahsiakan ilmu dan perlu disebarkan kepada masyarakat.

* Ilmu yang berkaitan dengan keagamaan dan keperluan terdesak masyarakat tidak wajar diperdagangkan atau keuntungan berlebihan.
* Tidak boleh menentukan harga tanpa melihat faktor yang berpatutan seperti tenaga pengajar dan pengurusan tempat.
* Ilmu pengertahuan perlu diasaskan kepada kesahihan yang diyakini seperti kajian sebenar, penyelidikan dan sumber rujukan yang boleh dipercayai.

*Aspek keaiban seseorang tidak boleh dibincangkan dalam proses kegiatan ilmu pengetahuan.
– seseorang yang menutup aib seseorang, Allah akan menutup aibnya di akhirat kelak.

Persolan Sunnah Allah & Ilmu Pengetahuan

* Sunnah Allah : sistem dan peraturan Allah.
* Kejadian cakerawala mengikut orbit yang ditentukan Allah.
* Ilmu biologi manusia :
– Dijadikan daripada tanah : tidak bercanggah dengan penemuan sains kerana manusia mempunyai konponen yang             sama dengan tanah.
– Teori kejadian manusia dari air mani lelaki dan wanita tidak bercanggah dengan sains.

* Kenyataan berpasangan untuk kejadian Allah : tidak bercanggah dengan sains seperti semua haiwan dan tumbuhan adalah berpasangan.
* Sunnah Allah yang tetap terhadap cakerawala membolehkan manusia menguasai ilmu kaji bintang.
* Pengkajian ke atas alam sekitar digalakan sebagai memakmurkan bukan untuk memusnahakan.
* Ilmu buat kapal pada nabi Nuh
* Ilmu pertukangan besi kepada Nabi Daud.

* Akal manusia :
– al-Quran menyatakan keupayaan manusia lemah dalam pemikiran tentang hal ghaib dan hari akhirat.
– Keupayaan akal hanya boleh melalui pancaindera.
– Mengikut sains otak manusia terbahagi 2 bahagian:
~Sebagian untuk ingatan
~Sebahagian untuk kretiviti.
– al-Quran membahagi keupayaan akal kepada :
~Tafakkur : keupayaan berfikir dengan memberi tafsiran terhadap maklumat yang diterima melalui                         deria
~Tadabbur : keupayaan intelektual, penyelidikan, pembacaan.
~Basirah : nurani dengan kebolehan akal untuk menilai persoalan agama.
*Sunnah Allah berkait rapat dengan perkembangan ilmu pengetahuan.
– Daya intelektual merupakan sunnah Allah.
– Penemuan sains, eksperimen, kajian, analisis, perubatan membuktikan kekonsistenan sunnah Allah

Kegiatan Keilmuan & Ketauhidan

* Kegiatan ilmuan islam tidak boleh melepasi kehendak tuntutan ketauhidan Allah.
* Syarat2 keilmuan dlm Islam :
– Segala bentuk keilmuan perlu dikaitkan dengan Iradat @ kehendak Allah.
– kegitan keilmuan tidak boleh mengaitkan keilmuannya dengan keupayaan manusia tanpa ada unsur                 ketauhidan.segala kegiatan ilmuan termasuk penulisan, pengucapan, dan kepercayaan.
– Kegiatan ilmu pengetahuan tidak boleh berpusat pada keupayaan & kehendak manusia. contoh Teori Darwin.

Persolan Sunnah Allah & Cabaran Terhadapnya

* Persoalan semasa yang penting dalam bidang keilmuan barat adalah berbentuk cabaran terhadap sunnah Allah.
* Cerita dlm al-Quran tentang kaum & individu mencabar sunnah Allah:
– Kaum Lut : cabar sunnah perkahwinan dengan liwat.
– Firuan : cabar sunnah pengabadian pada pencipta dengan abdian pada nya.

* Perkembangan sains, teknologi barat menunujukkan trend yang tak sihat iaitu bertentangan dengan sunnah Allah.
* Para ilmuwan islam perlu berhati-hati ilmu yang bertentangan dengan sunnah Allah.
* Penemuan sains yang bercanggah dengan Sunnah Allah:
– Penemuan bapa mengganti ibu dalam mengandung tak berjaya sebab kos dan sebagainya
– Penemuan klon haiwan ; kos tinggi dan memakan masa yang lama.
– Usaha mengubah fitrah manusia dangan klon : Tidak boleh diterima oleh majoriti masyarakat dunia.

Kegiatan sains Perubatan & Ancamannya Terhadap Institusi kekeluargaan

* persoalan kekeluargaan amat penting dlm islam, dan kesahihannya amat dititikberatkan.
* Persolan zuriat dalam islam melibatkan permaslahan hukum dalam banyak perkara seperti :
– persoalan aurat antara anak yang diragui status dengan ayah/ibu yang diragui status.
– masalah pusaka ; pembahagian pusaka
– Wali perkahwinan ; keraguan menyebabkan tak sah.

* Matlamat nak dapatkan anak tidak wajar menyalahi sunnah Allah.
– Ibu tumpang dilarang.
– Penyumbang air mani dilarang.
– Walaupun sumber air mani dan benih dari suami & isteri masih ada keraguan semasa percantuman adakah benar dari sumber sah sebab percamtuman adalah diluar rahim isteri.
* Islam tidak menghalalkan proses untuk dapatkan zuriat dari cara tersebut sebab Islam memandang tinggi kedudukan manusia berbanding kedudukan haiwan.

Kod2 Etika Dalam Perubatan Islam

* Penjagaan aurat pesakit & pengamal pertubatan.
* Islam menggalakkan pesakit lelaki berintereksi dengan pengamal lelaki. begitu juga perempuan.
* pemindahan organ yang mati atau yang masih hidup
– prinsip 1: Islam memberi penghormatan tinggi kepada manusia.
– Prinsip 2 : Kebenaran empunya organ dalam keadaan waras dan tidak dalam keadaan penipuan dan                                sebagainya

– Prinsip 3 : Berkaitan dengan ketegasan al-Quran yang tak benarkan mencederakan @ memudarat diri                             sendiri.
– Prinsip 4 : mengutamakan individu islam yang masih hidup.
– Prinsip 5 ; mendapat kata putusn & pandangan institusi ulama.

Hak2 Pesakit Mengikut Perspektif Islam

1. Pesakit berhak mendapat penjelasan tentang pemindahan organ.
2.  Hak merujuk kepada institusi Islam jika penderma organ @ pesakit seorang Islam.

3. Perlu dilayan dengan baik menggunakan konsep muasah ( menenang fikiran pesakit ketika menghadapi saat genting seperti pembedahan.
4.  kebenaran penjaga bagi pesakit yang di belum baligh.

AL-QURAN MENYANGKAL TRINITI

Posted: Mei 19, 2011 in Uncategorized

Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu,dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, ‘Isa putra Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan:  “(Tuhan itu) tiga”, berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah sebagai Pemelihara. Al Masih sekali-kali tidak enggan menjadi hamba bagi Allah, dan tidak (pula enggan) malaikat-malaikat yang terdekat (kepada Allah). Barangsiapa yang enggan dari menyembah-Nya dan menyombongkan diri, nanti Allah akan mengumpulkan mereka semua kepada-Nya. (Surah an-Nisa’: 171 – 172)

Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah ialah Al Masih putera Maryam”, padahal Al Masih (sendiri) berkata: “Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu.” Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surge, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun. (Surah al-Maa’idah: 72)

Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah itu ialah Al Masih putera Maryam”. Katakanlah: “Maka siapakah (gerangan) yang dapat menghalang-halangi kehendak Allah, jika Dia hendak membinasakan Al Masih putera Maryam itu beserta ibunya dan seluruh orang-orang yang berada di bumi semuanya?” Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan apa yang di antara keduanya; Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Surah al-Maa’idah: 17)

Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: “Hai ‘Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: “Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan selain Allah?”. ‘Isa menjawab: “Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakannya maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib-ghaib.” (Surah al-Maa’idah: 116)

Berkata Isa: “Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku Al Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi, dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) shalat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup; …” (Surah Maryam: 30 – 31)

Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: “Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah.” Akan tetapi (dia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.” (Surah al ‘Imran: 79)

Al Masih putera Maryam itu hanyalah seorang Rasul yang sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa rasul, dan ibunya seorang yang sangat benar, kedua-duanya biasa memakan makanan. Perhatikan bagaimana Kami menjelaskan kepada mereka (ahli kitab) tanda-tanda kekuasaan (Kami), kemudian perhatikanlah bagaimana mereka berpaling (dari memperhatikan ayat-ayat Kami itu). (Surah al-Maa’idah: 75)

Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu, melainkan Kami mewahyukan kepadanya; “Bahwasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku”. Dan mereka berkata: “Tuhan Yang Maha Pemurah telah mengambil (mempunyai) anak”, Maha Suci Allah. Sebenarnya (malaikat-malaikat itu), adalah hamba-hamba yang dimulyakan, mereka itu tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintahNya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka (malaikat) dan yang di belakang mereka, dan mereka tiada memberi syafaat melainkan kepada orang yang diridhai Allah, dan mereka itu selalu berhati-hati karena takut kepada-Nya. Dan barangsiapa di antara mereka mengatakan: “Sesungguhnya aku adalah tuhan selain daripada Allah”, maka orang itu Kami beri balasan dengan Jahannam, demikian Kami memberikan pembalasan kepada orang-orang zalim. (Surah al-Anbiyaa’: 25 – 29)

oleh : harun yahya

Kekayaan Keseimbangan Bumi

Posted: Mei 18, 2011 in Uncategorized

Bumi merupakan planet hidupan di mana pelbagai sistem kompleks bekerja dengan penuh kesempurnaan tanpa henti. Apabila dibandingkan dengan planet-planet lain, terbukti dalam segenap aspek bahawa bumi direkacipta untuk kehidupan manusia. Terbina atas kekayaan keseimbangan-keseimbangan, kehidupan terserlah dalam setiap bintik dari atmosfera hingga ke kedalaman bumi.

Dengan hanya meneroka sebilangan daripada jutaan kekayaan keseimbangan-keseimbangan ini, cukup untuk menunjukkan bahawa dunia yang kita hidup di dalamnya direkacipta khas untuk kita.

Salah satu daripada keseimbangan-keseimbangan penting dalam planet telah tersingkap dalam atmosfera yang mengelilingi kita. Atmosfera bumi mengandungi kandungan gas yang paling sesuai dengan nisbah yang amat serasi yang diperlukan bagi kehidupan bukan sahaja manusia tetapi keseluruhan hidupan atasnya.

77% nitrogen, 21% oksigen dan 1% karbon dioksida serta gas-gas lain tersedia ada dalam atmosfera mewakili nilai sempurna yang perlu bagi kehidupan.Oksigen,gas yang terpenting untuk hidupan membantu pembakaran makanan dan pertukaran kepada tenaga dalam badan kita.

Sekiranya kuantiti oksigen dalam atmosfera bertambah melebihi 21%, sel-sel dalam badan akan mula musnah. Molekul tumbuhan dan hidrokarbon yang diperlukan untuk kehidupan akan turut musnah. Jika kuantiti ini berkurangan kita akan mengalami kesukaran bernafas dan makanan yang kita makan tidak dapat ditukar menjadi tenaga.Maka 21% oksigen dalam atmosfera ialah kuantiti yang sempurna yang telah ditentukan untuk kehidupan.

Bukan sahaja oksigen, lain-lain gas seperti nitrogen dan karbon dioksida juga disusunatur dalam kuantiti yang sempurna bagi keperluan hidupan dan kesinambungan penghidupan.Kuantiti nitrogen di atmosfera mempunyai nisbah unggul untuk keseimbangan kesan bahaya dan kesan pembakaran oksigen. Nisbah ini mewakili nilai paling sesuai yang diperlukan untuk fotosintesis bagi keperluan bekalan tenaga di bumi. Selain itu, kuantiti karbon dioksida yang mengandungi nilai yang sesuai diperlukan untuk mengekalkan kestabilan suhu permukaan bumi dan mencegah kehilangan haba terutama pada waktu malam. Gas karbon dioksida meliputi 1% daripada atmosfera, melitupi bumi seumpama selimut dan menghalang kehilangan haba ke ruang angkasa. Seandainya jumlah karbon dioksida berlebihan, suhu bumi akan meningkat secara lampau mengakibatkan ketidakstabilan iklim dan menjana ancaman serius kepada hidupan.

Perkadaran ini sentiasa kekal, terima kasih kepada suatu sistem yang unggul. Tumbuhan yang melitupi bumi menukarkan karbon dioksida kepada oksigen menghasilkan 190 bilion tan oksigen setiap hari. Perkadaran gas-gas lain sentiasa tetap di bumi dengan bantuan salinghubungan sistem-sistem yang kompleks. Maka kehidupan dapat dikekalkan.

Tambahan kepada pengenalan campuran gas unggul yang dikehendaki untuk kehidupan di bumi, mekanisme-mekanisme yang diperlukan untuk memulihara dan mengekal susunatur ini telah turut dicipta seiringan dengannya. Sebarang kecacatan dalam keseimbangan walaupun singkat atau perubahan nisbah yang berlaku sekelip masa akan memusnahkan seluruh kehidupan. Sungguhpun demikian, ini tidak terjadi. Pembentukan gas-gas dalam atmosfera cukup dalam kuantiti yang perlu bagi manusia dan pemuliharaan tetap nisbah-nisbahnya menunjukkan sebuah penciptaan terancang.

Pada waktu yang sama, bumi mempunyai saiz yang sempurna dalam istilah magnitud untuk menampung suatu atmosfera. Jika jisim bumi sedikit berkurang, daya graviti akan lemah mengakibatkan atmosfera berserakan di ruang angkasa. Sekiranya jisim bumi sedikit bertambah, daya graviti akan menjadi lebih kuat dan bumi akan menyerap seluruh gas dalam atmosfera. Terdapat keadaan-keadaan yang menkagumkan yang tidak terhitung bilangannya yang diperlukan untuk pembentukan sebuah atmosfera seperti dunia kita dan keadaan-keadaan ini perlu wujud bersama bagi membolehkan kenyataan dibuat perihal kehidupan.

Penciptaan kekayaan perkadaran-perkadaran dan keseimbangan-keseimbangan di langit dinyatakan dalam ayat ke-7 Surah Ar-Rahman:

Dia telah membina syurga dan telah merperkenalkan keseimbangan. (Qur’an, 55:7)

Kebanyakan manusia hidup tanpa menyedari kekayaan keseimbangan-keseimbangan dan kebijakan penyelarasan dalam komposisi gas atmosfera, jarak dunia ke matahari atau peredaran planet-planet. Mereka tidak mempedulikan kehebatan akibat daripada keseimbangan dan penyelarasan ini terhadap kehidupan. Walau pun hanya secebis pencapahan dalam sebarang susunan akan mencetuskan masalah yang sangat ketara ke atas kewujudan dan kesinambungan hidup umat manusia.

Terdapat banyak lagi keseimbangan-keseimbangan yang diperkenalkan atas bumi untuk meneruskan kehidupan:

Contohnya, sekiranya graviti bumi lebih kuat daripada nilai semasa, atmosfera akan menampung terlalu tinggi gas ammonia and metana, mengakibatkan berakhirnya kehidupan. Jika lebih lemah, atmosfera planet akan kehilangan air yang terlampau dan kehidupan di bumi menjadi suatu yang mustahil.

Ketebalan kerak bumi menyumbang kepada salah satu daripada kekayaan keseimbangan.Jika kerak bumi bertambah tebal, terlalu banyak oksigen akan dipindahkan dari atmosfera dan akan terjadi kesan-kesan ketara ke atas kehidupan manusia.

Seandai benar kesan sebaliknya iaitu kerak bumi bertambah nipis, aktiviti volkanik dan tektonik akan menjadi lebih besar untuk membenarkan kehidupan di bumi.

Keseimbangan lain yang kritikal adalah aras ozon dalam atmosfera. Jika arasnya meningkat daripada nilai semasa, suhu permukaan bumi akan menjadi terlalu rendah. Jika berkurang, suhu permukaan akan terlampau tinggi dan sinaran lampau ungu akan bertambah besar di permukaan.

Ternyata hanya dengan ketiadaan satu daripada keseimbangan-keseimbangan ini akan menamatkan kehidupan atas bumi. Walau bagaimanapun, Allah telah mencipta alam semesta dengan ketakterhinggaan kebijaksanaan dan  kekuasaan dan telah merekabentuk bumi khusus untuk kehidupan manusia. Meskipun nyata, namun kebanyakan manusia hidup tanpa prihatin terhadap kejadian-kejadian ini. Dalam Al-Quran, Allah mengingatkan manusia akan  kemurahanNya pada ayat ke-13 Surah Al-Fathir:

    (Allah) membuatkan malam menggulungi ke dalam siang dan siang menggulungi ke dalam malam, dan Dia telah menjadikan matahari dan bulan tunduk, setiap satu berlari sehingga waktu yang telah termaktub. Itulah Allah, Tuhan kamu. Kerajaan itu kepunyaanNya. Apa-apa yang kamu sembah selainNya tidak memiliki kuasa walau pun ke atas sekelumit zarah. (Qur’an, 35:13)

Cukup dengan memperhatikan pada jutaan planet yang mati di ruang angkasa untuk memahami bahawa kekayaan keseimbangan-keseimbangan yang dikehendaki bagi kehidupan di bumi adalah hasil daripada kebetulan-kebetulan secara rawak. Syarat-syarat yang perlu untuk kehidupan terlalu sukar untuk terbentuk dengan ‘sendirinya’ dan secara rawak dan keadaan-keadaan ini khusus diciptakan semata-mata untuk kehidupan.

Keseimbangan-keseimbangan yang diungkapkan secara ringkas ini hanyalah sedikit daripada jutaan-jutaan ketakjuban, keseimbangan-keseimbangan yang saling bersandaran dan susunatur-susunatur yang telah diperkenalkan agar manusia dapat hidup aman dan selamat di atas bumi.

Menyelidiki hanya sebahagian daripada keseimbangan-keseimbangan dan keharmonian di bumi sudah cukup untuk mensyukuri keperkasaan Allah dan meyakini tanpa keraguan kewujudan ciptaan terancang di dalam setiap inci alam semesta.  Tidak ada sebarang kekeliruan, mustahil bagi seorang manusia atau hidupan lain membina sedemikian besar keseimbangan dan susunatur. Bahkan juga mustahil untuk membuat komponen-komponen susunatur tersebut seumpama atom, unsur, molekul, dan gas yang berkeupayaan memperkenalkan satu susunan berasaskan kekayaan perkiraan dan pengukuran yang terlampau hebat dan begitu halus penalaan-penalaannya. Ini kerana aktiviti-aktiviti seperti merancang, menyusunatur, membuat perkiraan, dan menentukan perkadaran hanya boleh diadakan oleh individu-individu yang memiliki kebijaksanaan, ilmu pengetahuan dan kekuasaan. Maha Ketinggian Yang  menyusunatur, merancang dan mengimbangi keseluruhan alam semesta untuk secocok dengan kehidupan umat manusia di atas planet umpama bumi dan Yang mengekalkannya dengan kekayaan lakonan ukuran-ukuran dan keseimbangan-keseimbangan ialah Allah, Yang memiliki Ketakterhinggaan Kebijaksanaan, Ilmu Pengetahuan dan Kekuasaan.

Di dalam Al-Quran telah dinyatakan mereka yang berupaya menyedari hakikat-hakikat ini hanyalah ‘manusia yang memahami’:

    Dalam penciptaan syurga-syurga dan bumi, dan pertukaran siang dan malam, terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memahami: mereka yang mengingati Allah, berdiri, duduk, dan baring atas sisi mereka, dan mengungkap atas ciptaan syurga-syurga dan neraka: “ Tuhan kami, Engkau telah mencipta semua ini tanpa sia-sia. Maha Suci Engkau! Maka hindarkanlah kami daripada azab neraka.”  (Qur’an, 3:190-191)

oleh : harun yahya

Hello world!

Posted: Mei 18, 2011 in Uncategorized

Welcome to WordPress.com. After you read this, you should delete and write your own post, with a new title above. Or hit Add New on the left (of the admin dashboard) to start a fresh post.

Here are some suggestions for your first post.

  1. You can find new ideas for what to blog about by reading the Daily Post.
  2. Add PressThis to your browser. It creates a new blog post for you about any interesting  page you read on the web.
  3. Make some changes to this page, and then hit preview on the right. You can alway preview any post or edit you before you share it to the world.